Kaedah Mengesan Kehadiran Protein Atau Darah Dalam Urin

Apakah itu Renal Biopsy?

Renal biopsy merupakan prosedur pengambilan sedikit tisu buah pinggang bagi menentukan punca darah atau protein dalam urin.

Kehadiran darah atau protein dalam urin adalah sesuatu yang memerlukan penyiasatan lanjut oleh pakar nefrologi atau pakar buah pinggang bagi memastikan punca masalah tersebut. 

Antara punca-punca darah dalam urin:

  • Batu karang (ujian ultrabunyi atau ultrasound dilakukan untuk memastikan kehadiran batu karang di dalam buah pinggang pesakit)
  • Penyakit autoimmun (seperti SLE: Systemic Lupus Erythematosus): antibodi pesakit menyerang organ tertentu, termasuk buah pinggang. Apabila serangan auto antibodi berlaku terhadap buah pinggang ia dipanggil "Lupus Nephritis"
  • Penggunaan ubatan yang menyebabkan 'allergic reaction' pada buah pinggang atau yang dipanggil "Acute interstitial Nephritis" (ujian Renal Biopsi dapat memastikan punca tersebut)
  • Nephropathy - yang juga merupakan salah satu penyakit yang melibatkan autoimmun - memerlukan Renal Biopsy
  • Jangkitan kuman pada salur urin - atau "Urinary Tract Infection" - Renal Biopsy tidak boleh dilakukan terhadap pesakit yang mengalami jangkitan kuman di salur urin. Ujian urin "culture and sensitivity" dilakukan bagi mengenalpasti punca kuman yang menyerang pesakit.

INFO PENTING

Perlu diingatkan bahawa prosedur Renal Biopsy adalah invasif dan hanya dilakukan oleh Pakar Nefrologi atau Pakar Buah Pinggang dengan menggunakan mesin ultrasound atau ultrabunyi