AWAS! Kesan Vitamin C Berlebihan Pada Pesakit Buah Pinggang Kronik

Vitamin C merupakan antara vitamin yang sangat popular digunakan di kalangan masyarakat kita bagi meningkatkan immuniti badan seseorang terhadap sebarang jangkitan virus.

Malahan ketika negara dan dunia dilanda pandemik wabak Covid-19, terdapat juga segelintir orang ramai yang menggalakkan pengambilan vitamin C bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Jika pengambilan vitamin C berlebihan di kalangan pesakit Chronic Kidney Disease (CKD III dan IV), dijangkakan kerosakan yang lebih serius akan ditemui.

Adakah penggunaan Vitamin C di kalangan pesakit buah pinggang kronik memudaratkan?

  • Jika diambil pada dos yang berlebihan selain dari dos yang dibenarkan akan menyebabkan kerosakaan buah pinggang akibat penghasilan hasil metabolisma vitamin C (atau ascorbic acid) kepada bahan kumuh yang dikenali sebagai oxalate ke dalam urin.

 

Bagaimana ia berlaku?

  • Oxalate yang berlebihan akan merosakkan buah pinggang secara langsung (tubular obstruction) atau pembentukan kristal/batu karang yang merosakkan buah pinggang tersebut. Keadaan ini dipanggil Secondary Hyperoxaluria.  
  • Primary Hyperoxaluria berlaku di kalangan pesakit yang mengalami masalah genetik, dimana penyerapan oxalate berlebihan ke dalam darah tiada kaitan dengan pengambilan vitamin c berlebihan.

 

NOTA PENTING!

Elakkan pengambilan vitamin C berlebihan kerana ia berpotensi merosakkan buah pinggang melalui pembentukan kristal oxalate yang merosakkan sel-sel buah pinggang. 

Rujuk rajah di bawah tentang dos pengambilan maksimum yang dibenarkan