Ibu Mengandung Dan Sakit Buah Pinggang Kronik

PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK- Peluang dan risiko kepada ibu mengandung

Pesakit Chronic Kidney Disease (CKD) agak sukar untuk mendapatkan zuriat disebabkan oleh kesan sistemik komplikasi penyakit buah pinggang kronik dan jika mereka didapati boleh mengandung, ia merupakan anugerah yang sangat berharga dan disyukuri.

Namun terdapat beberapa risiko jika pesakit CKD meneruskan kandungan terutama sekali bagi pesakit yang berada pada tahap IV, buah pinggang tersebut berkemungkinan akan mengalami kerosakan teruk dan mungkin akan berakhir dengan rawatan dialisis samada semasa mengandung mahupun berada diakhir kandungan.

Berikut adalah risiko kepada pesakit CKD Stage IV jika meneruskan kandungan:

  • Peningkatan risiko Eclampsia (tekanan darah tinggi yang sangat berbahaya yang boleh menyebabkan stroke) 
  • Perkembangan kandungan yang terencat (fetal growth restriction)
  • Kelahiran pramatang (yang memerlukan pemantauan bayi di unit rawatan rapi)
  • Kerosakan serius buah pinggang semasa mengandung atau selepas melahirkan
  • Tekanan darah tinggi semasa mengandung dengan protein dalam urin yang meningkat dengan teruk